-->
skip to main | skip to sidebar

SYAfiq SHAkir :P

blog kami...cara kami...=D

Saturday, July 2, 2011

masalah remaja zaman sekarang

Bila aku baca dada dada akhbar sekarang, tak kira kat elektronik atau surat khabar banyak sangat masalah sosial sekarang ni kan. Yang lari ikut bofren lah, lari dari rumah, bunuh diri, buang anak dan membunuh dan macam macam lagi. Dorang ni macam tak de pegangan agama ke apa? Ini semua petanda dunia nak kiamat dan gejala sosial semakin meningkat. Sapa yang perlu disalahkan? nak kata tak sekolah, ada gak yg sekolah tinggi-tinggi dan dari latarbelakang keluarga yang baik, masih nak salahkan keluarga ker atau budak tu sendiri tak boleh nak fikir masa depannya?

Kisah budak Halimaton yang sibuk sangat nak kawin padahal PMR pun tak lepas tu buat aku bengang gak. Adeii dik non, ingat senang ke kawin tu dik oii. Ingat kawin tu macam main pondok-pondok ker? macam main tikam game ker? walau awak kata awak bijak mcm mana sekalipun ia tak semudah itu. Jiwa remaja sentiasa akan bergolak dan memberontak, tak mustahil kalau kawin hanya utk sekejap aje. Selain perlu ekonomi diri yang stabil, jiwa juga perlu stabil sbb kawin bukan utk sehari dua je tapi seumur hidup komitmennya. Bercinta dan berkahwin adalah dua realiti yang sangat jauh berbezanya. Budak sekarang tak faham aku, tak dapat je memberontak, sanggup lari menyusahkan mak bapak. Yang mak bapak lak, entah le mengiyakan anaknya saja sampai satu masa dah tak tahu nak buat apa terpaksa mintak tolong orang yang pakar. Mujur ada yang boleh dirujuk masalah kes ni. 

Kes buang bayi merata-rata pun sangat menyedihkan. Macam bayi tu sampah terbuang lagaknya, sedih tau. Adakalanya bayi bayi tak berdosa tu sangatlah comel. Apalah dosa mereka ye? kasi le pada orang yang boleh menjaganya atau badan kerajaan yang boleh membantu mcm Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Agaknya dorang ni beranak senang je kot sbb time aku beranak dulu tak de pun yang menyenangkan sbb terpaksa menahan sakit berjam jam. 

Itu belum lagi kisah gangsterism, merempit, merogol dan sebagainya. Sampaikan ada sebuah sekolah yang pengetua dia sanggup tulis kat testimonial anak muridnya sebagai pelajar bermasalah disiplin dan sebagainya. Jadi budak budak tu bengang sebab ia mempengaruhi masa depan budak tu. Ya, aku setuju tentang itu sbb senakal-nakal budak tu pun suatu hari nanti dia akan menjadi dewasa gak, kalo testimonial dia tidak baik macam mana dia nak membantu dirinya di masa depan. Aku cakap pun berdasarkan pengalaman aku melihat kawan kawan aku yang masa sekolah dulu memang terkenal dgn sifat pailang kat sekolah. Kira budak pedajal le kan. Tak payah le terangkan apa kesalahan dorang tapi yang mengagumkan aku mereka kini adalah kalangan mereka yang berjaya dalam hidup masing-masing. Sapa yang boleh meramalkan masa depan mereka? kalo bukan mereka sendiri yang memilih utk berubah, betul tak?.

lastly, admin berharap le masa depan remaja kita sekarang akan lebih baik pada masa depan, baik dari segi moral ataupun kecemerlangan akademik dan juga kecemerlangan dalam tauhid kepada Allah. Insyaallah..
Posted by SS at 4:17 AM

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


videokeman mp3
Girl in the Window – Bruno Mars Song Lyrics

ShoutMix chat widget
tutorial here [close]

SYAfiq SHAkir :P Copyright © 2008 Free Blogger Template | Scrapping using Scrapblog


welcome..!!

hi friends..at this blog...kami akan cerita pelbagai topic...so don't forget to check out our blog again and again..for your information...this is our bio..

~hi...i'm Syafiq n this is Shakir
~batch 1014...Dato' Razak Residential School..
~knp 2 admin..??..sbb ni blog assigment la...
~this blog is 4 the ICTL project..
~"english based blog"...mean we have 2 speak english..but manglish pon boleh la..
~da pandai dtg pandai2 la follow ea..
~than 4 coming...hope u enjoy
~nak tau pasal kitaorg..??..usha fb..


p/s:blog ni sesuai diusha melalui google chrome n firefox..spe pakai IE..pandai-pandai la download browser lain...

follow me

buku sejarah

visitors


Marketing Tactics  

nak tnyer???